Adverto Group Tandatangan MoU bersama UiTM latih pelajar jurusan Digital Marketing

Shah Alam, 10 JANUARI – Adverto Group Sdn. Bhd. adalah antara syarikat yang dijemput oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam menandatangani Memorandoum Perjanjian (MoU). MoU ini sebagai mandat melantik Adverto Group dalam melatih pelajar jurusan Digital Marketing UiTM selama setahun bagi melahirkan lebih ramai pakar didalam bidang digital.

Turut hadir wakil syarikat, Encik Mohd Asrul Abu Seman, Pengarah Urusan syarikat dan En Abdul Fatah Hussain, Pengarah syarikat Adverto Group Sdn Bhd. Manakala Ybhg. Prof Ts Dr Roziah Janor, selaku Naib Canselor UiTM mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bertempat di Aras 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor, Memorandum Perjanjian (MoU) bertujuan bagi memenuhi keperluan program BA 251 di mana mahasiswa akan melanjutkan pengajian selama 3 tahun, dengan 2 tahun di universiti dan 1 tahun di industri (2u1i).

Majlis dimulakan pada pukul 11:00 pagi dengan ucapan Pengerusi Majlis, bacaan doa, dan ucapan yang disampaikan oleh Ybhg. Naib Canselor UiTM Ybhg. Prof Ts Dr Roziah Janor serta tayangan montaj. Seterusnya, majlis diteruskan dimana wakil syarikat menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) pada jam 11:30 pagi.

Selanjutnya, majlis disambung dengan sesi fotografi di mana Ybhg. Prof Ts Dr Roziah Janor menyerahkan Memorandum Perjanjian (MoU) yang telah ditandatangan kepada wakil syarikat, En Mohd Asrul Abu Seman dengan disaksikan oleh En Abdul Fatah Hussain dan sesi fotografi bersama-sama wakil syarikat lain yang turut hadir dalam menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU).

Majlis kemudiannya berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 12:00 tengahari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *