PELANCARAN BUKU Tersinggung Dalam Perjuangan

Adverto Group di Majlis Pelancaran Buku Sebuah Perjalanan Autobiografi ‘Tersinggung Dalam Perjuangan’

KUALA LUMPUR – Adverto telah mengendali majlis pelancaran Buku Autobiografi Tan Sri Ibrahim Abu Shah bertajuk ‘Tersinggung Dalam Perjuangan’ pada 15 September 2022 yang lepas.

Majlis tersebut dilancarkan di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) dimana Mohd. Asrul Abu Seman sebagai pengacara majlis. Majlis ini turut dihadiri oleh Tun Hanif Omar, rakan seperjuangan Ibrahim Shah dan wakil media.

Buku setebal 700 muka surat itu mengisahkan perjalanan kehidupan suka duka Ibrahim Shah dengan penuh kesulitan, pelbagai pengalaman dan perjuangan yang telah ditempuhi kerana sikap begitu kasih dan cinta kepada anak bangsanya.

Buku ini mengisahkan kisah benar yang Ibrahim Shah lalui dalam menangani isu-isu yang berkaitan integiriti, penyalahguaan kuasa, rasuah dan kepimpinan yang unggul dimana boleh dijadikan teladan dan inspirasi kepada generasi kini dan akan datang agar dapat mendalami dan memahami erti pengorbanan untuk mendapatkan kepercayaan,keyakinan dan keberanian dalam proses memperoleh kecemerlangan ilmu menerusi UiTM.

Buku tersebut juga menepati prinsip, nilai dan peribadi beliau selepas mengharungi insiden yang telah menguji keberanian, kesabaran serta kewibaan dalam perjuangan menegakkan hak serta perpaduan.

Menurut beliau, buku ini telah memakan masa dua tahun untuk menyiapkan.

“Fokus untuk menyiapkan buku ini bermula Januari tahun ini. Sememangnya saya tidak cukup tidur kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya penghasilan yang terbaik” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Buku Autobiografi Tan Sri Ibrahim Abu Shah bertajuk ‘Tersinggung Dalam Perjuangan’ boleh membuat pembelian di laman sesawang https://ibrahimshah.com.my/ yang kini dengan versi edisi ke-2 yang lebih sensasi, telus dan kontroversi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *